Monday, January 30, 2012

OUR IDIOT BROTHER: BAHLOL vs. BODOH



"I just figured, looking at your sheet, that since you sold grass to a uniformed police officer that you must be retarded."
— Omar (Parole Officer)

Kalau korang terjemahkan perkataan idiot ke Bahasa Melayu, terjemahannya ialah bodoh yakni sama dengan maksud stupid. Tetapi mengikut kamus Bahasa Inggeris, maksud idiot & stupid memang berbeza. Tetapi dalam kamus saya sendiri, idiot bermaksud bahlol & stupid bermaksud bodoh.


BODOH
Manusia jenis bodoh ni ialah yang taktau apa² tentang sesuatu perkara tetapi beria-ia kata diorang tau. Niat diorang cuma nak tunjuk pandai depan orang lain walau pada hakikatnya memang terang-terang bodoh. Penampilan diorang ni nampak macam pandai sebab suka melebih dalam banyak perkara, atau senang kata ego tinggi, tetapi dalam lebih banyak perkara diorang ni memang sangat bodoh. Perumpamaannya kalau korang dok tepi curam yang dalam dengan si bodoh ni, diorang takkan rasa gayat (atau takkan mengaku diorang gayat) tapi diorang akan terlambat untuk tahu bahawa niat korang ialah untuk tolak diorang jatuh gaung!


"Just because you're straight doesn't mean you're homophobic."
— Jeremy

BAHLOL
Berbeza dengan manusia jenis bahlol ni, diorang pandai berhidup tetapi sangat lurus bendul & tak pandai berpura-pura! Nak kata diorang ni top-scorer kat sekolah pun tak juga tapi sekurang-kurangnya apa yang diorang belajar, diorang boleh ingat. Tapi satu jer yang bahaya tentang si bahlol ni, diorang belajar apa yang boleh layan di kepala diorang jer. Paksalah camner pun, takkan dilayannya. Namun dari sudut positif, si bahlol ni boleh dikatakan sangat jujur sampai mampu memecah-belahkan perhubungan orang lain dengan kejujurannya tu. Camner? Bahlol tak bijak simpan rahsia orang lain kecuali untuk kepentingan diri sendiri. Kenapa? Secara psikologinya diorang ni penyayang tapi tak sayang mulut! 


"You don't tell your parole officer that you just got high."
— Omar (Parole Officer)

BODOH MENJENGKELKAN!
Tak kiralah siapa pun, selagi korang tak mempelajari sesuatu subjek sampai pandai, jangan memandai nak mengkritik orang lain yang berkaitan dengan subjek tersebut. Sebagai contoh, kalau sebutan bahasa Inggeris korang pun tak betul jangan nak kritik sebutan nyanyian bahasa Inggeris Dato' CT Nurhaliza tu gagal, faham? Sekurang-kurangnya yang terbitkan album dia tu memang dilahirkan berbahasa Inggeris bukan seperti korang, para pengkritik bodoh. Pada sesiapa yang berkawan dengan si bodoh ni memang menyedihkan sebab terpaksa melayan kebodohan diorang hingga nak memperbetulkan pun tak dapat sebab pendirian bodoh diorang!


BAHLOL MENYEDIHKAN!
Seperkara tentang manusia bahlol ni, diorang memang spesis kasihan. Percayalah, diorang bukan jenis manusia yang suka menyakitkan hati sesiapa tetapi kerana penyakit bahlol, sebaik manapun diorang ada banyak perkara tentang diorang yang kita tak boleh ambil hati. Sebagai contoh apabila korang hendak mengadu tentang sipolan kepada si bahlol ni, pastikan korang bersedia untuk penangan sipolan apabila aduan korang sampai ke pengetahuannya. Yeap! Bahlol ni memang jujur tetapi tidak pandai menjaga hati orang lain apabila menuturkan kebenaran. Diorang tidak berniat untuk mencetuskan peperangan hanya kerana tidak pandai mengawal maklumat... memang sedeyyy


BAHLOL vs. BODOH
Secara logiknya, setiap daripada korang sebagai manusia memang ada penyakit bahlol. Tetapi penyakit tersebut taklah begitu ketara kalau korang sedar akan kebahlolan korang untuk diperakui & diperbaiki. Yang menjadi bahlolnya korang apabila korang tak sedar betapa bodohnya korang untuk tidak mengakuinya hingga menjadi jenaka orang. Semakin korang membiarkan diri korang diperbodohkan, maka semakin jelaslah betapa bahlolnya korang di pengetahuan ramai. Bila semua dah tahu, itu bukan bodoh lagi tapi memang sah dah bahlol!



BAHLOL = BAHAYA TOLOL
BODOH = BONGOK HODOH


P/S: Kalau korang marahkan penulis dengan artikel ni nyatalah korang dalam kategori bodoh, tetapi kalau korang tak faham dengan artikel ni memang korang dalam kategori bahlol. Namun jika korang berdamai dengan artikel ni... you know what I mean, heh! *wink*

No comments:

Post a Comment