Monday, January 30, 2012

KORBAN KERANA PENTING!

"It's one thing to think that you're the center of the universe — it's another thing entirely to have this confirmed by an ancient prophecy."
—Douglas Adams

Pernah tak korang terfikir, sudah cukup pentingkah korang untuk jadi penting? Atau sudah cukup bertanggung-jawabkah korang untuk jadi penting? Persoalannya sekarang berapa ramai diantara kita kalau boleh hendak sangat diri terasa penting & bila sudah diberi tanggungjawab tu, mulalah merungut ntah apa-apa! Ada yang berangan nak jadi ketua bahagian, nak jadi pengerusi syarikat & ada juga yang berangan nak jadi Yang Dipertuan Agong! Apa sudah pentingkah korang nak mendabik dada jadi penting kalau definisi jadi penting tu pun sendiri korang tak dapat bertoleransi? Pernah tak korang terfikir kalau korang dilahirkan memang terpaksa jadi penting sampai terpaksa mengorbankan kepentingan diri?! Sebagai contoh meh saya senaraikan beberapa watak filem (feveret saya!) yang taknak jadi penting tapi terpaksa gak jadi camtu, kalau tak masa depan umat manusia akan terancam. Semak!

FRODO BAGGINS

Spesis Hobbit yang tak dinafikan berperangai lain daripada yang lain. Suka mengembara & menyaksikan dunia luar. Seorang yang berhati baik & tidak pernah membunuh! Dia bertanggung-jawab menyelamatkan Middle-Earth dengan membawa One Ring kepada kemusnahan. Kegagalannya berbuat demikian bakal menyaksikan kejahatan bangkit mengatasi kebaikan, namun jika dia berjaya... dia tidak akan dapat jadi seorang raja atau menguasai Middle-Earth, namun jasanya akan dikenang sampai bila-bila.

HARRY POTTER

Di alam tanpa magik, dia hanyalah manusia yang tidak berkepentingan. Namun di dunia magik kat Hogwart, dia adalah seorang ahli sihir yang sangat penting kerana hanya dia dapat menghapuskan Lord Voldermort! Mahu atau tidak, Harry Potter harus menghadapi takdirnya itu. Mengelak bermaksud mementingkan diri sendiri & melihat dunia di kuasai oleh kejahatan, namun menghadapinya bermaksud dia menempah maut. 

PERCY JACKSON

Dia mungkin tidak tahu siapa dia sebenarnya, namun sesudah tahu, kenyataan itu amat payah untuk diterima, apatah lagi kenyataan itu memaksa dirinya untuk menjadi wira. Dengan masalah psikologinya menghidap dyslexia & ADHD, dia harus bertanggung-jawab atas siapa dirinya (anak Poseidon yang berupaya ke atas lightning bolt) atau umat manusia bakal terancam oleh peperangan para dewa! 

CLARK KENT

Inilah contoh makhluk asing yang ingin hidup seperti manusia biasa namun apapun impiannya itu, dengan kuasa yang ada, ia dikira mustahil! Apabila manusia semakin tamak, kuasa semakin melangkaui kemampuan & semakin banyak kuasa jahat tidak boleh ditangani hanya dengan senjata atau pihak berkuasa (polis/tentera), maka berdiam diri bukanlah sesuatu yang wajar buat dirinya. Mahu atau tidak, untuk menjadi manusia biasa, dia harus menangani semua isu ini sampai... mungkin sampai bila-bila.

SAM WITWICKY

Dia ni boleh dikategorikan sebagai 'accidental hero', wira yang terbentuk akibat terperangkap dalam situasi! Kalau tak kerana dia beli kereta Bumblebee, mungkin nasibnya lambatlah untuk jadi wira yang terpilih. Namun kalau dah takdir tetap takdir sebab dia adalah waris kepada Archibald Witwicky, penjelajah Artik yang bertanggung-jawab mengaktifkan INS (Inertial Navigation System) Megatron & merekodkan kedudukan All Spark di bumi! Kedatangan Transformers di era Sam Witwicky untuk meraih All Spark menjadikannya waris yang dipertanggungjawabkan jadi 'tour guide' buat robot-robot tersebut...

AURORA

Sejak berusia 2 tahun dia sudah fasih bercakap dalam 19 jenis bahasa, boleh tahu banyak perkara yang tidak pernah diterokainya & paling penting... dia punca ramai orang saling berbunuhan. Rupa-rupanya rahim dia ada mengandungkan sesuatu yang sangat penting buat ajaran sesat, Neolites; kembar dengan kebijaksanaan yang supernatural! Neolites percaya dengan kejayaan menjadikan Aurora bahan eksperimen dengan menelan sejenis pil hingga mampu mengandungkan anak kembar super-bijaksana, ramai akan menganut agama Neolites. Namun mangsanya... Aurora.

PHAEDRA & THESEUS

Phaedra (the Oracle) boleh meramal kedudukan Epirus Bow yang menjadi harapan kuasa jahat Hyperion membangkitkan Titans demi memusnahkan kuasa para dewa di bawah kekuasaan Olympus. Manakala Thedeus tanpa sedar merupakan anak kepada Aethra dengan berbapakan Aegeus & Poseidon sekaligus. Dengan kenyataan ini, kedua-dua mereka tidak akan boleh terlepas daripada takdir bahawa... they're meant for such fate!


"Destiny is unstoppable. Everyone has to give in... Give up—let life win."
—Gravitation

No comments:

Post a Comment