Selepas kontroversi demonstrasi Bersih 2.0 pada 9hb. Julai 2011, secara tidak langsung ia telah memberi impak besar kepada mentaliti saya sebagai rakyat Malaysia. Sebagai bukti, demonstrasi itu telah berjaya memberi kelainan dalam penghayatan saya menonton filem 'TRANSFORMERS: DARK OF THE MOON'. Teruskan membaca:
FAKTA JADI FIKSYEN
Memanipulasi fakta merupakan salah satu gejala buruk yang telah berlaku di negara Malaysia ini & tidak ketinggalan juga di seluruh dunia terutamanya di negara-negara maju serta yang sedang pesat membangun. Seperti filem ini, ia telah memanipulasi fakta sejarah Apollo 11 sebagai tujuan hiburan & sekaligus membabitkan NASA serta Presiden John. F. Kennedy (presiden Amerika Syarikat ke 35) sebagai dalang dalam pemanipulasian ini. Malah lebih teruk lagi apabila ia juga turut memanipulasi pengalaman krew Apollo 11 menjejaki bulan terutamanya Neil Armstrong. Adakah pembukaan filem ini boleh diterima akal untuk mengharamkan gejala pemanipulasian fakta di sini? Jawapannya tidak kerana pemanipulasian fakta jelas menjurus kepada fiksyen tentang kewujudan makhluk asing Transformers — terang² pengharamannya tidak releven.
Motif: Penemuan Ark di bulan memang fiksyen, tetapi gejala memfiksyenkan fakta demi kepentingan politik dalam meraih kuasa perlu diambil serius oleh semua pihak demi kepentingan rakyat, tidak kira pembangkang mahupun yang berkuasa kerajaan. Sebagai contoh kebebasan bersuara melalui internet, lambat laun pasti membosankan apabila fiksyen lebih daripada fakta, seperti sekolah yang tiada cikgunya... penjara yang tiada kawalannya & rumah yang tiada kekeluargaannya.
KONFLIK KONSPIRASI KERAJAAN
Sejarah sedia maklum bahawa salah satu objektif pelancaran Apollo 11 pada tahun 1969 adalah wawasan Presiden John F. Kennedy untuk melihat Amerika Syarikat sebagai negara pertama ke bulan sebelum Soviet Union. Berbalik kepada jalan cerita filem ini pula ia menunjukkan wujudnya rahsia kerajaan dimana Soviet Union seolah sudah mendahului Amerika Syarikat ke bulan bila ia menyembunyikan sel kuasa dari kapal Ark di Chernobyl. Seterusnya kewujudan Autobots membantu tentera US dalam memantau keamanan global adalah kerjasama yang dirahsiakan daripada masyarakat dunia. Boleh anda bayangkan siapa Autobots dalam dunia sebenar? Berbalik kepada negara kita, berapa banyak konflik konspirasi yang sedang kita dengar sekarang? Apakah kesudahannya? Yang saya tahu semenjak turunnya Tan Sri Dr. Mahathir Mohamed daripada menjawat jawatan sebagai Perdana Menteri, Malaysia tidak habis² dengan konflik konspirasi yang akhirnya membuntukan pemahaman rakyat. Paling teruk usaha mengoptimumkan ekonomi negara selaras dengan perubahan globalisasi sering dipertikaikan dalam iltizam patriotik. Jadi, kalau US dibantu oleh Autobots, adakah negara kita dibantu oleh Decepticons? Masalahnya siapa Prime (Perdana) pilihan rakyat Malaysia; Sentinel atau Optimus? Tidak perlu menuduh, yang pasti dalam era globalisasi sekarang ini, bila jadi Prime pasti berkos tinggi... sesuai dengan arus pembangunan dunia. Tidak perlu merungut!
"Indeed I am! What you don't realize my Autobot brothers, is in order to win the war, a deal had to be made... with Megatron."::: Sentinel Prime
"I'm a slave, but you're Sentinel's bitch!"::: Carly Spencer
Motif: Daripada perspekstif saya, jangan percayakan sesiapa yang tidak mampu mempertahankan negara dari dalam, bukan dari luar! Objektif sekarang bukan kita hendak melihat negara luar memperkatakan yang betul tentang negara kita, tetapi apa yang betul kita perkatakan untuk negara luar. Memang seronok mempercayai orang luar, sebab itu demokrasi, tetapi seronokkah bila tumbangnya kita kerana orang luar? Demokrasi juga namanya, begitu?
SENTIMEN ANTI KERAJAAN
Dipermulaan cerita ini selepas babak sejarah Apollo 11, kita akan menyaksikan rentetan babak kerjasama antara Autobots & tentera US di bawah seliaan kerajaannya menjaga keamanan global. Bagaimana menyampahnya kita dengan ketegasan kerajaan itu dalam mengawal kerjasama tersebut seolah-olah kehadiran Autobots masih dianggap sebagai satu ancaman. Seperti biasa, kita juga akan ditanamkan rasa benci kepada sikap kerajaan US yang suka mendokumenkan segala aktiviti & gemar menguasai segala faktor pengawasan dengan ketegasan. Malah lagi menyakitkan hati, kenyataan 'rahsia kerajaan' adalah prinsip utama bagaimana mereka menjaga keselamatan negara. Babak² tersebut telah berkomunikasi dengan minda saya untuk mengaitkannya melalui sentimen yang sama berlaku dalam negara sendiri. Di sana-sini sentimen bencikan kerajaan diselitkan dengan olahan yang sama seperti yang digambarkan di dalam filem ini; tegas, ganas, garang, bengis, sembunyikan kebenaran & seterusnya. Objektif itu lazimnya untuk mendefinasikan kepada rakyat kebangkitan 'anti-statism' & itulah juga saya rasakan yang cuba disampaikan oleh filem ini diawal cerita tentang persepsi rakyatnya terhadap kerajaan US. Apabila kita sampai ke penghujung cerita, persepsi itu sekaligus berubah!
"Everything humans know of our planet we were told had been shared. You lied to us."::: Optimus Prime
"Bee, there's something else going on here. The moon programme, the cover-ups, the assassinations, it's all led to this..."::: Sam Witwicky
"Do you know how demoralizing it is that I've saved the world twice and still be groveling for a job. Government knows, I mean they could hook me up with a job right here in D.C. I should be working with the Autobots otherwise it's not fair."
::: Sam Witwicky
Motif: Sentimen anti-kerajaan adalah gerakan kuno yang cuba menjatuhkan tampuk pemerintahan yang sedia ada tidak kira kerajaan sedang berkelakuan baik atau buruk, yang penting peralihan kuasa berlaku dipihak yang berebut! Yang menjadi kelebihan sentimen ini ialah teknologi yang semakin canggih sesuai dengan peredaran semasa untuk berkomunikasi terus kepada rakyat demi memperoleh keyakinan mereka. Kalau jangkaan saya betul, mungkin kita sedang berhadapan dengan era kebangkitan anti-statism melalui ideologi Henry David Thoreau (Civil Disobedience) dalam gerakan demokrasi di negara kita.
DEMOKRASI vs. REPUBLIKAN
Seperti saya juga bila menulis reviu ini, jalan cerita filem 'TRANSFORMERS: DARK OF THE MOON' turut dipengaruhi oleh senario politik di negaranya sendiri yang boleh dikatakan tidak banyak beza dengan kefahaman politik di negara kita. Dalam filem ini, anda akan dikejutkan dengan babak Megatron meletupkan tugu Abraham Lincoln (Tugu 1920) yang terletak di Lincoln Memorial (National Mall, Washington D.C., U.S.A). Seperti yang telah saya sebut tentang anti-statism, ia merupakan salah satu cabang pengaruh The Republican dengan presiden pertamanya ialah Abraham Lincoln iaitu Presiden Amerika Syarikat yang ke-16, dimana Optimus Prime tidak secara langsung dikatakan memiliki ciri² kepimpinan seperti beliau.
Simboliknya filem ini bila menyentuh soal kefahaman politik ialah bagaimana jalan cerita mencernakan fahaman republikan menjadi lebih demokrasi. |
"We were once a peaceful race of intelligent mechanical beings. But then came the war, between the Autobots that fought for freedom and the Decepticons that dreamt of tyranny. Over matched and outnumbered, our defeat was all but certain. But in the war's final days one Autobot ship escaped the battle, it was carrying a secret cargo which would have changed our planets fate. A desperate mission, our final hope. A hope that vanished."::: Optimus Prime
::: Optimus Prime
Motif: Tetapi seteruk manapun yang mereka dakwa krisis di Malaysia, ada negara yang lebih teruk krisisnya dengan ekonomi yang 100% lumpuh! Kita masih boleh bersyukur negara kita ada sistem transformasi ekonomi yang boleh diperbaiki, dasar pembangunan yang boleh dilaksanakan & kebebasan bersuara yang masih terkawal dasar keceluparannya. Keputusan terakhir di tangan anda sebagai penonton versi Transformers, transformasi bagaimana yang anda mahukan sebagai rakyat di negara demokrasi ini? Errr... saya maksudkan Malaysia bukan Amerika Syarikat! ^_^"
No comments:
Post a Comment