Friday, November 29, 2019

FILEM PALING LARIS DOMESTIK BERBANDING FILEM TERLARIS DUNIA

"Bermimpilah setinggi langit jika engkau terjatuh, akan terjatuh di antara bintang-bintang." 
— Bung Karno

Begitulah terbaiknya dalam mencipta sesuatu karya, jangan lihat pada sambutan sesama domestik sahaja malah juga dari luar yang bersaing dengan pasaran domestik kita. Bila merenung pada industri filem Malaysia, terfikir untuk melihat juga pada negara² Asia Tenggara yang aktif industri perfilemannya. Adakah industri filem domestik mereka sudah mampan berbanding filem luar negara yang beraksi di pasaran tempatan masing², atau masih saling berbanding antara satu sama lain tanpa peduli jika filem import lebih laris sebenarnya. 

    Cukup berpuashatikah Malaysia pada 'MUNAFIK 2' sebagai filem terlarisnya dengan kutipan box-office RM48 juta? Atau Indonesia dengan 'WARKOP DKI REBORN: JANGKRIK BOSS! PART 1', begitu juga Thailand dengan 'PEE MAK' dan Singapura dengan 'AH BOYS TO MEN', Taiwan dengan 'CAPE No.7' serta Filipina dengan 'HELLO, LOVE, GOODBYE'. Justeru bagaimana Vietnam?

HAI PHUONG
Filem dari Vietnam ini dilaporkan telah berjaya mengutip  VND200 bilion/±USD8.6 juta di pasaran domestik untuk kurang lagi USD4 juta/±92.8 bilion bagi mengatasi  jualan tiket filem 'AVENGERS: ENDGAME' (±USD11.7 juta/±271.5 bilion) di Vietnam.
Indonesia
WARKOP DKI REBORN: JANGKRIK BOSS! PART 1 telah mencatatkan jualan laris sehingga ±IDR308.6 bilion melalui catatan penonton sejumlah 6,858,616 pada harga tiket (menurut perhitungan kasar tahun 2016) ialah IDR45 ribu bagi setiap penonton. Justeru menganggarkan kurang lagi ±USD12.9 juta (IDR181.9 bilion) untuk mengatasi sambutan filem
AVENGERS: ENDGAME: ±IDR490.4 bilion (USD34,775,278) di Indonesia.

      Kajian ini meletakkan filem terlaris dunia, 'AVENGERS: ENDGAME' sebagai ukur perbandingan utama dengan mana² filem tempatan di negara masing² yang punya rangkaian pawagam serta pengedar giat beropersi secara komersial untuk filem paling laris terbitan Marvel itu. 

Malaysia
MUNAFIK 2: RM48 juta
AVENGERS: ENDGAME: ±RM87.9 juta (USD21,043,570)

Singapura
AH BOYS TO MEN: SGD6.3 juta
AVENGERS: ENDGAME: ±SGD19.6 juta (USD14.346,820)

Thailand
PEE MAK: THB599 juta
AVENGERS: ENDGAME: ±THB823.5 juta (USD27,230,829)
Taiwan
CAPE NO.7: TWD530 juta
AVENGERS: ENDGAME: ±TWD896.7 juta (USD29.386,075)

Filipina
HELLO, LOVE, GOODBYE: PHP880.6 juta
AVENGERS: ENDGAME: ±PHP1.7 bilion (USD32,839,486)

Berikut adalah filem² domestik yang berjaya mengungguli carta jualan tertinggi di negara masing² berbanding filem terlaris dunia 'AVENGERS: ENDGAME' itu.

Jepun
Sejak diterbitkan pada tahun 2001, filem animasi ini terus mengungguli carta jualan tertinggi di Jepun sehingga kini dengan mengutip pulangan sebanyak JPY30.8 bilion. Ia sekaligus meletakkan filem 'AVENGERS: ENDGAME' (±JPY6.1 bilion/USD55,280,047) sangat jauh ketinggalan sambutannya di negara matahari terbit tersebut, juga jauh tewas dengan filem import lain iaitu 'TITANIC' serta 'FROZEN' yang masing² menduduki tangga kedua dan ketiga.  

China
WOLF WARRIOR 2: CNY5.679 bilion
AVENGERS: ENDGAME: ±CNY4.3 bilion (USD614,316,021)
Korea Selatan
THE ADMIRAL: ROARING CURRENTS: KRW135.8 bilion
AVENGERS: ENDGAME: ±KRW124.3 bilion (USD105,229,503)

India
DANGAL: INR20.2 bilion
AVENGERS: ENDGAME: ±INR4.5 bilion (USD62,678,476)

Amerika Syarikat
STAR WARS EPISODE VII: THE FORCE AWAKENS: USD936,662,225
AVENGERS: ENDGAME: USD858,373,000
NOTA: NILAI KUTIPAN BOX-OFFICE UNTUK FILEM² TERSEBUT DIKIRA/DINILAI BERDASARKAN JUMLAH PENONTON SERTA PERTUKARAN NILAI MATA WANG SEMASA BERBANDING USD DAN TIDAK PADA TAHUN IA SELESAI TAYANGAN DI PAWAGAM. JUSTERU SEBARANG SPEKULASI MENGENAI PERUBAHAN STRUKTUR DEMOGRAFIK, EKONOMI, POLITIK DAN JUGA KADAR INFLASI DI NEGARA MASING² BOLEH DIPERHALUSKAN LAGI UNTUK KEJITUAN PENDAPAT LAINNYA.

Kesimpulan lainnya biarpun filem 'AVENGERS: ENDGAME' telah menduduki tangga teratas sebagai 'Filem Paling Laris Dunia Sepanjang Zaman' ketika ini dengan mengatasi filem 'AVATAR' secara kutipan total, ia tetap bukan yang pertama terlaris di pasaran domestiknya Amerika Syarikat dan juga di luar negara. Walaupun selepas 'AVENGERS: ENDGAME' sanggup menambah pelaburan untuk tayangan semula dengan kredit tambahan, AVATAR masih mengungguli cartas terlaris antarabangsa (tidak termasuk Amerika Syarikat) dengan kutipan sebanyak USD2,029,460,676 berbanding 'AVENGERS: ENDGAME' yang kurang USD90,033,112 dengan kutipan USD1,939,427,564. 

No comments:

Post a Comment