Monday, February 3, 2014

WIRA CICAK; RANUM DI LUAR, BUSUK DI DALAM (RE-EDITED)

Sejak beberapa bulan ni selalu jer dapat seru nak mengkritik sesetengah idea orang kita yang 'ranum di luar, busuk di dalam'. Nak ikutkan hati, memang malas nak amik port. Tapi lagi tak dimulakan, lagi tu terus saban hari perilaku persekitaran yang dilalui asyik bagi hint² yang menjurus ke arah tu. Pastu tetiba rasa cam tak sedap hati kalau terus dipendamkan, rasa cam lari dari tanggungjawab lak. Tak best betul! Masa tulah terbayang-bayangkan kata² trademark dalam francais Spider-Man...

With great power, 
comes great responsibility!
Jadi dengan bismillah, ikut jerlah gerak hati. Tapi (demi Allah!) kritikan ni dengan hati yang sabar, ikhlas & minda bersih dari prasangka mahupun iri hati. Zero enemy! Kat sini saya hanya nak kritik filem atau any subjects yang berkaitan dengan kerjaya diri sebagai penulis, pelukis komik & bekas ketua pengarang. Berdasarkan pengalaman diri & orang sekeliling. Harapan saya, dengan pendapat berbaur kritikan ni dapat menjadi renungan kepada sesetengah karyawan baru kita yang rasa...

"Sesiapa jer boleh jadi pembikin filem!"

Ini contoh sifat terlampau over-confident sampai sanggup mengenepikan ciri² 'keselamatan' yang menjurus kepada tanda amaran...

"Your first gonna be your last if U're not careful & wise enough!"

Ramai yang tak sedar hakikat sebenarnya...

"Nothing stops U but yourself!"
(Tak faham bahasa Inggeris? Maaf la... tak siapa yang halang kita daripada belajar memahami bahasa Inggeris. Kalau ada orang halang pun, sebenarnya masih boleh buat kalau niat & semangat tu ada)

Tetapi hakikat disebaliknya ialah...

"Can U really stop yourself for nothing?"
(Faham bahasa Inggeris tapi tak faham maksudnya?! Terlampau berfalsafah?! Sudah terang lagi nak bersuluh... kannn!)

Majoriti ramai yang saya temui, kenali & dekati sering terkeliru, camner saya pelajar aliran Sains (hingga berjaya menjulang segulung ijazah dalam bidang tersebut) tapi end-up jadi pelukis komik, novelis & ketua pengarang? Ada yang complaint "Sia-sia jer kau habiskan masa diploma & ijazah kau tu. Ambil ler course art ke. Ada kaitan gak. Buat membazir masa jer!"

The truth is... 
We can't really stop ourselves for nothing and hold back the thought for what we think we are before we turn to something we're not.

Masa belajar dulu, bila bosan study atau mood rasa nak melukis, saya akan melukis tak kira masa atau tempat. Masa sekolah rendah, ada la kelas belajar melukis. Masa tu jer peluang dapat mendekati minat terhadap seni lukisan. Balik rumah it's all about being a successful scholar! Bila kat rumah emak didik saya dengan fahaman bahawa TV is bad, Radio is bad, entertainment magazines are bad but encyclopedia books are GOOD! So... that's where I got the habit of being a book worm, knowledge digger & a self-taught machine. Worse... a dust is like my source of knowledge!

Maybe dumb on the outlook, but what's inside I rather not let U know for God knows me better, instead of me telling U what's worse.

Jadi kerana yang teruk tu la membuatkan saya tak tahan, gatal tangan nak tegur gak rimas kalau dibiarkan.

'Malaysia Boleh!'

Tak boleh jadi seperti arwah Tan Sri P. Ramlee pun takper. Takyah susah²-kan diri nak jadi very outstanding. Tapi kalau diberi peluang & rasa boleh buat, buatlah tapi boleh diterimakah? Jadi kalau boleh diterima, elokkah diteruskan hingga menjadi teladan buat generasi seterusnya? Yang paling penting, boleh ke jadi one-of-a kind hari ni & selamanya dalam erti kata bukan one-of-a-kind yang satu hari nanti jadi lawak bodoh serta cemuhan orang? Sebagai contoh...


Inikah superhero pertama Malaysia yang dibangga-banggakan kerana francais filemnya mampu kaut untung besar... walaupun ia untuk tujuan komedi. Camner spesis reptilia dipanggil cicak (cicak rumah lak tu!), boleh terlepas dari penilaian Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia/FINAS & diluluskan untuk tayangan hingga mencapai box-office?! Tak kaji salasilah kejadian cicak ke? Camner Malaysia boleh dimalukan oleh bangsa sendiri dengan fakta cicak boleh menyumbangkan keistimewaan hingga menjadi manusia berkuasa perwira? Hancur la fahaman generasi muda kita pasni. Nak melawak pun melawak la gak, kan? Tapi dalam melawak tu tapis la gak, kan? Tapi jangan masa menapis pun nak melawak kot...

Nak membanggakan produk sendiri pun berpada-pada la, jangan sampai jadi bodoh sombong. Nak melawak pun biarlah kena pada tempatnya, jangan hari ini buat orang ketawa, esok kelak menangis.

Kepada pro cicak, pro Cicak-Man, pro KRU atau pro sesaper jerlah yang pro-projek ni, tolong la JADI cam superhero korang. Jangan salah ertikan kritikan ni sebab saya tahu kita tetap akan lastik cicak atas siling rumah atau mesti sagat lantai sampai bersih kalau nampak taik cicak bertepek di lantai. Tapi kalau disalah-ertikan, mesti korang akan automatik memanjangkan lidah menjilat cicak di siling @ taik cicak di lantai cam cicak gak! Tapi ia tetap makhluk yang tak layak di-superhero-kan biarpun dalam erti kata melawak sebab...

"Kenapa perlu menjadi seekor cicak sedangkan kita berkuasa seumpama seekor naga? Hanya orang yang lemah semangat saja yang tidak meyakini keupayaan diri sendiri. Belajarlah teknik berbicara dengan minda, Insya Allah kita akan mampu melakukan sesuatau yang dianggap mustahil pada satu masa dulu."

Jadi kenapa perlu NAGA menjadi CICAK?

Sebab cicak tak selawak naga? Kerana naga hanyalah mitos sedangkan cicak memang di depan mata? Hakikatnya, cicak tetap terus menjadi lambang spesis berkeperibadian terendah berbanding lain² spesies reptilia yang sememangnya eksotik tapi bagai 'api dalam sekam' (dalam Islam sendiri hadis riwayat Muslim, Rasulullah mengesyorkan cicak dibunuh!). Mengagungkan sifatnya bak superhero dalam diri manusia terbukti tidak mampu menandingi sifat keperibadian tinggi labah-labah (Spider-Man), kelawar (Batman), kucing (Catwoman), lebah (Red Bee) atau belalang (Kamen Rider), apatah lagi semut (Ant-Man).

Anyway, kalau iyer pun nak menyokong seruan Dr. Lee Grismer (profesor dalam jurusan biologi di Jabatan Biologi, Universiti La Sierra, California, US) yang mempersoalkan... 

"Kenapa kita tidak sepatutnya menggemari cicak?!"

Dr. Lee Grismer yang begitu mengagumi spesis cicak menganggap ia sebagai hadiah yang diberi Tuhan untuk dibuka & teroka. Justeru dia mungkin boleh berbangga bahawa cicak kini menjadi kebanggaan rakyat Malaysia, tak seperti di US yang sentiasa menggambarkan spesis reptilia cam cicak sebagai super-villain (kecuali siri TV klasik 'Reptile Man' @ filem komedi 'Superhero Movie' yang tergolong dalam kategori exploitation movie oleh penganalisa filem dunia).

***************
SKETSA CICAK; IBU & ADIK 
"Ibu! Adik nak minum air yang masuk Cicak tu! Adik nak jadi cam Cicak-Man!"
 "Ibu! Adik nak jadi cam Cicak-Man, selamatkan orang dari kejahatan! Semua cicak² dalam rumah ni semua adalah kawan Adik!"

"Ibu! Adik nak super-power cam Cicak-Man, boleh panjangkan lidah, boleh melekat di dinding."

"Boleh nak, ibu tak kisah adik nak jadi Cicak-Man. Tapi kenapa Cicak-Man? Kenapa tak jadi Venom @ Toad jer?"

Venom (Spider-Man)

Toad (X-Men)
"Apa la ibu ni, tu ciptaan Barat. Mana boleh samakan dengan superhero Malaysia yang cool ni! Inilah filem superhero pertama Malaysia, ibu! Idea bangsa kita tu... Sokong la sikit."
"Tapi Adik, sememangnya tak dinafikan yang menghasilkan filem tu adalah diorang yang berbakat dalam industri perfileman & kecanggihan CGI filem tu memang cun habesss! Tak salah nak support. Tapi mengapa harus naga ingin menjadi cicak?! Lagipun Lizard (cicak) Man kan dah wujud sebagai super-villain (musuh!) Masters of The Universe."
"Itu Lizard-Man, ibu. Ni Gecko-Man!"

"Gecko biarpun menjadi simbol eksotik yang comel, namun untuk menjadikan ia sebagai simbol kekuatan unggul? Rasanya stick to the road like geckos to a wall yang menjadi tagline promosi kereta Wiesmann masih tak mencirikan kekuatannya, selain ciri eksotik yang klasik. Lebih bersifat sidekick berbanding ahead of time seperti kuda Ferrari."

"Ala... diorang kan melawak jer tu, jangan la serius sangat."

"Bagi ibu... tak salah pun guna haiwan lain sebagai idealogi superhero & lawak tu masih kekal. Lagipun kita kan ada Kenyalang dan Harimau, atau mungkin sekecil-kecil semut atau sepandai-pandai kancil, kenapa haiwan sedemikian tidak dijadikan teladan wira negara kita? Dengan kepakaran CGI yang ada, bakat penulisan dan pengarahan filem yang baik, pasti ia tetap berhasil. Tapi kenapa mesti cicak?!"
***************

Kebenarannya sekarang bagaikan seekor cicak, sering kita hanya menangkap ekornya & menganggap bahawa itulah kebenaran yang sebenar. Tapi hakikatnya mencari kebenaran itu berbahaya, tapi lebih berbahaya jika kita rasa telah menemukannya sampai terasa diri itu benar hingga cenderung menyakinkan orang lain (seperti yang cuba saya lakukan melalui penulisan ini... been there, done that!). 

Kita manusia adalah rela­tif & penuh dengan segala kekurangan, namun boleh dengan pelbagai kelebihan. Namun hakikat manusia tidak boleh menangkap seluruh kebenaran itu secara mutlak, selalu sahaja ada yang kurang. Kita tak dapat menangkap kebenaran secara utuh dan bulat, selalu saja ada sedikit yang sumbing. Apatah lagi bila wang dan kemewahan sudah menggelapkan jalan untuk melihat yang lebih baik selain keuntungan semata-mata.