Kepada ABANG LONG FADIL, MAEL LAMBUNG dan AH BENG, saya minta maaflah sebab tak dapat diselitkan dalam senarai box-office ni walaupun kutipan jualan tiketnya mencecah hingga RM4 juta namun tertewas dengan JALAN KEMBALI di tangga ke-20. Manakala dakwaan mengatakan filem-filem lawak spastik dan gangsterism sahaja yang dapat mencuri hati para penonton filem tempatan adalah tidak benar sama sekali, memandangkan dalam senarai ni boleh dikatakan semua genre ada termasuklah kreatif animasi dan superhero. Dalam menghasilkan sebuah filem yang menarik ia perlu menepati ciri-ciri karya berseni dengan melibatkan lakonan yang mantap (menjadi dan tak terasa janggal untuk ditonton!), pengarahan yang berkesan (tak terkongkong oleh lagak nak tunjuk bagus dan resmi nak duit jer!) dan produksi yang bertanggungjawab terhadap kesenian membikin filem (jangan setakat nak kaut untung atau nak dapat duit projek jer!). Pengamatan saya kepada 20 filem paling box-office Malaysia (sehingga
7hb. September 2014) ni, mendapati ia menepati ciri-ciri yang disebutkan
walau apapun genre-nya.
[Rujukan: www.finas.gov.my]
1
THE JOURNEY
Tahun: 2014
RM17.17 juta
2
KL GANGSTER
Tahun: 2011
RM11.74 juta
3
OMBAK RINDU
Tahun: 2012
RM10.90 juta
4
HANTU BONCENG
Tahun: 2012
RM8.53 juta
5
NGANGKUNG
Tahun: 2010
RM8.18 juta
6
KONGSI
Tahun: 2011
RM8.09 juta
7
KHURAFAT
Tahun: 2011
RM8.08 juta
8
HANTU KAK LIMAH BALIK RUMAH
Tahun: 2010
RM7.90 juta
9
ADNAN SEMPIT
Tahun: 2010
RM7.66 juta
Malah setiap filem ni mempunyai paradigma
tersendiri dalam penampilan konsep dan tema cerita walau ada
diantaranya memberi kejutan negatif yang menarik (seperti filem
CICAK-MAN). Manakala filem-filem komedi di dalam senarai ini tidak
sekadar membuatkan kita ketawa tetapi turut menyumbang input kepada
proses suntingan yang tidak canggung dengan kualiti penyampaian cerita tidak merapu (yang terakibat oleh kongkongan muslihat nak jimat kos atau dah malas nak
fikir yang terbaik lagi). Seterusnya dakwaan yang mengatakan paten
citarasa penonton filem di negara ni berubah-ubah mengikut tahun, musim
atau populariti pun tidak boleh dijadikan ukuran memandangkan 20 filem
paling berjaya ni tidak dikutip mengikut turutan tahun, kategori atau
pelakon/pengarah/produksi selain kutipan jualannya.
10
ADNAN SEMPIT 2
Tahun: 2012
RM6.82 juta
11
HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA
Tahun: 2011
RM6.50 juta
12
LAGI-LAGI SENARIO
Tahun: 2001
RM6.33 juta
13
GENG
Tahun: 2010
RM6.20 juta
14
JANGAN PANDANG BELAKANG CONGKAK
Tahun: 2010
RM6.09 juta
15
HUSIN, MON & JIN PAKAI TONCIT
Tahun: 2013
RM5.89 juta
16
JANGAN PANDANG BELAKANG
Tahun: 2007
RM5.78 juta
17
KL DRIFT 2
Tahun: 2010
RM5.67 juta
18
CICAK-MAN
Tahun: 2006
RM5.15 juta
19
KL GANGSTER 2
Tahun: 2013
RM4.96 juta
20
JALAN KEMBALI
Tahun: 2012
RM4.98 juta
Justeru tanggapan produksi filem tempatan harus membikin filem
mengikut citarasa penonton tidak boleh dijadikan alasan sama sekali.
Jadi, bagaimana jika benar-benar ingin menghasilkan filem yang mampu
menarik penonton ke pawagam? Berikut pendapat saya:
1) Jangan kedekut dengan klip-klip promosi dan proses di balik tabir
2) Jangan terlalu berahsia dengan kos pembikinan serta kutipan jualan
3) Jangan bersikap angkuh dalam menyampaikan informasi perfileman
4) Jangan 'beli' wartawan-wartawan media berbayar untuk rebiu positif
5) Jangan buat skrip meleweh hingga penonton tidak terkesan oleh maksudnya
6) Jangan biarkan pelakon membawa watak tanpa mengubah personaliti diri
7) Jangan bikin filem hanya untuk sekadar bisnes, fikirkan juga seninya!
8) Jangan tugaskan pengarah baru tanpa pembantu pengarah yang berpengalaman!
9) Jangan buat produksi filem hanya untuk pusingan modal dari duit lobi!
10) Jangan lupa ini industri filem untuk tayangan di pawagam, bukan di TV!
Sekarang kos pun semakin meningkat, pelabur filem pun dah berani melabur
ke produksi filem sampai berjuta-juta ringgit. Jadi kepada karyawan
filem dan produksi jangan takbur sangat dapat 'untung muka' camni sebelum produk di pasaran. Gunakan sebaiknya untuk
hasilkan karya filem yang bagus dan bukan setakat kualiti untuk
tontonan di TV jer tapi ditayangkan kat pawagam. Hari ini kutipan jualan setakat RM2 juta dan
RM1 juta tu dah mula dilihat sekadar balik modal, tak lama lagi
tak dinafikan kutipan RM4 juta pun belum tentu menjanjikan keuntungan besar.
"Anak-anak muda yang menyanyi ikut suka hati, bermain muzik ikut suka hati, berpakaian ikut suka hati akan menjadi terdedah kepada unsur-unsur yang tidak baik dan dengan sendirinya lahir angkatan yang tidak berdisplin."
- Tan Sri P. Ramlee
Seterusnya mulai dari sekarang sikap mudah berpuas-hati dengan hasil seni sendiri walaupun tidak sebaik karya luar negara harus dikikis untuk memperkukuhkan lagi keyakinan kreativiti generasi baru kita supaya lebih berusaha. Jangan setakat nampak boleh jer! Tetapi juga mesti ada semangat untuk lebih baik dan tampil setanding dengan karya-karya antarabangsa. Itu yang kita mahukan demi Industri Kreatif Malaysia dalam memantapkan lagi seni karyawan-karyawan kita.
No comments:
Post a Comment